dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Kubu Gajah, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pengenalan Asas E-Mail, Photoshop, Blog Dan Advokasi

06 Februari 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 4 dan 5 Februari 2017 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kubu Gajah telah mengadakan beberapa kelas bertempat di bilik latihannya. Pada 4 Februari, telah berjalan kelas pengenalan asas e-mail pada sebelah pagi manakala di sebelah petang, telah diadakan taklimat Advokasi Klik dengan Bijak yang bertajuk : Buli Siber. Antara pengisian kelas ini ialah peserta diperkenalkan dengan apakah email serta kegunaannya. Untuk taklimat advokasi, peserta didedahkan dengan tajuk buli siber untuk memberi lebih pendedahan mengenainya.

Pada 5 Februari pula, telah diadakan kelas asas Adobe Photoshop di sebelah pagi dan kelas asas membuat blog di sebelah petang. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk memberi lebih pendedahan kepada peserta mengenai perisian adobe photoshop serta memberi pengetahuan asas mengenai cara untuk membuat blog.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.