dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Kubu Gajah, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Festival Adat Masyarakat Banjar

08 April 2017 | Aktiviti Terkini

Bertempat di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, Bagan Serai telah diadakan satu festival Adat Masyarakat Banjar anjuran Kelab Kulaan Banjar Malaysia dan Tourism Perak. Bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 10.30 malam, pelbagai aktiviti dan pameran berkaitan masyarakat Banjar telah diadakan. Antara aktiviti pada hari tersebut ialah pertandingan mewarna kanak kanak, persembahan adat persiapan perkahwinan banjar cara tradisional, persembahan andaman pengantin banjar oleh mak andam Banjar, persandingan pengantin, gerai jualan, gerai pameran agensi kerajaan dan swasta, pameran perkahwinan, demontrasi wadai kiping, cabutan bertuah dan pelbagai lagi.

Pusat Internet Kubu Gajah serta 3 lagi pusat internet telah mengambil peluang ini untuk membuka booth dengan tujuan mempromosikan fungsi PI kepada orang ramai selain memberi taklimat ringkas mengenai advokasi Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.