dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Kubu Gajah, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Memasak Bersama Pkk

22 Mac 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mac 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kubu Gajah dengan kerjasama KEMAS di bawah unit Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) telah mengadakan satu kelas masakan bertempat di bilik PKK Pekan Kubu Gajah. Untuk kelas kali ini resipi yang diajar ialah Kek Coklat Berhantu. Kelas ini mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat. Sebelum kelas memasak bermula, para peserta diberi taklimat pengenalan mengenai pusat internet serta fungsinya. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan sistem perniagaan secara atas talian.

Tujuan taklimat ini diberikan ialah untuk menggalakkan peserta yang menghadiri kelas masakan ini supaya tidak sekadar belajar dan mencuba masakan itu di rumah, tetapi boleh memasarkan produk tersebut secara percuma melalui media sosial.Diharapkan melalui taklimat ini, lebih ramai masyarakat akan menceburkan diri dalam bidang perniagaan online dan menjadikan pusat internet sebagai platform untuk mereka memasarkan produk mereka.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.