dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Kubu Gajah, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Terbuka PI Gunung Semanggol

09 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Gunung Semanggol telah mengadakan majlis hari terbuka. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Semanggol iaitu Encik Zamri bin Ariffin. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara komuniti dan juga pusat internet. Pelabagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya ialah taklimat klik dengan bijak, taklimat keusahawanan, pameran menarik di Kerian, E waste, Spicy Ramen Challenge, pertandingan QR Code challenge, Pertandingan memasak kerabu dan cabutan bertuah.

Selain itu, terdapat juga pameran dari agensi kerajaan seperti perpustakaan awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta demonstrasi memadam kebakaran dari pihak bomba. Semua petugas Pusat internet kendalian Maxis di negeri Perak telah hadir menjayakan majlis ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.