Program Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Tebing Tinggi
20 November 2025 | Aktiviti TerkiniProgram Kempen Intenet Selamat (KIS) telah dijalankan di SK Tebing Tinggi. Program KIS diketuai oleh NADI Pekan Kubu Gajah dan dibantu oleh NADI Kg Masjid Ijok,NADI Sg Bayor dan NADI Felda Ijok. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kuiz, soal jawab bersama peserta dan ceramah Kempen Internet Selamat. Program ini diadakan bertujuan untuk menberi kesedaran tentang bahaya media sosial terhadap pelajar sekolah rendah dan jenayah siber yang sedang berleluasa pada masa kini. Program ini melibatkan 83 orang pelajar daripada pelajar tahun 4 sehingga tahun 6. Semoga asbab program ini, semua pelajar akan lebih berhati-hati ketika menggunakan media social dan semoga mereka dijauhi daripada pelbagai gangguan yang tidak baik kepada pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: