Webinar Kempen Internet Selamat
8 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniSebuah Program Webinar Kempen Internet Selamat telah berjaya dianjurkan oleh NADI Pekan Kubu Gajah pada 7 Mei 2026 sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran komuniti mengenai penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan keselamatan siber serta langkah-langkah melindungi maklumat peribadi ketika melayari internet. Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai isu berkaitan ancaman dalam talian seperti penipuan scam, buli siber, penyebaran maklumat palsu serta kaedah penggunaan media sosial yang beretika dan selamat.
Selain itu, program ini turut bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan peserta agar lebih berwaspada ketika menggunakan platform digital, di samping menggalakkan penggunaan internet secara positif untuk pembelajaran, komunikasi dan urusan harian. Diharapkan program ini dapat melahirkan masyarakat yang celik digital, berpengetahuan serta mampu menggunakan teknologi dengan lebih bijak dan selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: