Webinar Safe and Shield
10 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniSebuah Webinar Safe and Shield telah berjaya dianjurkan oleh NADI Pekan Kubu Gajah untuk ahli NADI pada 9 Februari 2026 sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan dan perlindungan diri dalam penggunaan teknologi digital.
Webinar ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menjaga keselamatan dalam talian, termasuk perlindungan data peribadi, pencegahan penipuan siber serta penggunaan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab. Melalui program ini, peserta dapat memahami risiko dunia digital dan cara mengatasinya dengan lebih berkesan.
Selain itu, program ini turut bertujuan membentuk sikap prihatin dan berwaspada dalam kalangan pengguna internet supaya mereka mampu melindungi diri daripada ancaman siber serta mewujudkan persekitaran digital yang selamat, positif dan sejahtera.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: